PUNB - PROSPER Automotif (Lubrex Booster Program)
Permohonan Akan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/01/2024

  • PROSPER Automotif (Lubrex Booster Program) adalah sebuah program kerjasama PUNB dengan Prowheels Distributor (M) Sdn Bhd (PDMSB) di bawah Belanjawan 2024 untuk mengembangkan perniagaan pengedar minyak Lubrex yang bernaung di bawah PDMSB. 

  • Melalui program ini PUNB akan menawarkan pembiayaan kepada usahawan yang telah dilantik oleh PDMSB sebagai pengedar minyak berjenama Lubrex. Pihak PDMSB pula menawarkan khidmat pemantauan imej korporat premis dan perniagaan, latihan dan khidmat nasihat keusahawanan.

Perkara 

Penerangan 

Jumlah Pembiayaan
  • Pembiayaan berjangka dari RM100 ribu sehingga RM5 juta
  • Permohonan terbuka kepada semua entiti milikan tunggal/perkongsian/perkongsian liabiliti terhad/syarikat diperbadankan
  • Entiti milikan tunggal dan perkongsian yang memohon pembiayaan RM300 ribu dan ke bawah boleh mengekalkan entiti sedia ada. Untuk permohonan melebihi RM300 ribu, entiti perlu diperbadankan sekiranya permohonan diluluskan
Kadar Keuntungan
  • 4% setahun pada kadar rata
Terma Pembiayaan
  • Tempoh pembiayaan: Sehingga 7 tahun
  • Tempoh penangguhan: Sehingga 6 bulan (pada bayaran bulanan prinsipal)
  • Tempoh Ketersediaan: 6 bulan dari tarikh penerimaan Surat Tawaran atau Perjanjian Kemudahan, mengikut yang berkenaan
Skop Pembiayaan
  • Modal kerja
  • Mesin dan peralatan 
  • Ubah suai premis perniagaan
Sektor Pembiayaan
  • Pembiayaan dan perkhidmatan PUNB terbuka kepada semua usahawan dan perniagaan Bumiputera yang terlibat dalam sektor peruncitan, perdagangan dan pengedaran, pembuatan dan perkhidmatan di pelbagai sektor kecuali sektor pertanian, perikanan dan perladangan.
Sektor yang Dibiaya
  • Peruncitan & Pengedaran Perdagangan
  • Pembuatan & Kejuruteraan
  • Sistem & Automasi
  • Kesihatan
  • Hospitaliti
  • Penggerak Perniagaan (Pembangunan Perisian, Logistik, Penggudangan & Perkhidmatan Penghantaran)
  • Kreatif (Kraftangan, cenderahati, seni lukis, seni halus (kaligrafi), animasi (infografik), hiasan dalaman dan fesyen)
Sektor yang Tidak Dibiaya
  • Pertanian & Perlombongan
  • Perumahan & Hartanah
  • Kewangan (Pembiayaan dan Pajakan sama ada produk kewangan/bukan kewangan bitcoin, dagangan wang asing (forex), pajak gadai dan perkhidmatan kiriman wang)
  • Perniagaan yang bercanggah dengan prinsip syariah
Keistimewaan Pembiayaan
  • Rebat duti setem ke atas surat cara/dokumen pembiayaan
  • Cagaran yang minimum
  • Rebat pembiayaan (tertakluk kepada terma & syarat)
  • Proses penilaian yang telus
  • Pembiayaan patuh syariah
Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Telipon

TELEFON

1-300-13-7862

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda