MARA - Skim Pembiayaan Usahawan Profesional (ProSPEC)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/12/2023

  • Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Profesional (ProSPEC)bertujuan untuk meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam bidang keusahawanan profesional .

  • Berikut adalah senarai maklumat skim ProSPEC yang ditawarkan:  

 

Perkara 

Keterangan 

Skop Pembiayaan 
  • Modal Pusingan  
  • Pembelian Mesin dan Peralatan  
  • Ubah suai Premis Perniagaan  
Had Pembiayaan 
  • Milikan Tunggal/Perkongsian: RM250,000.00  
  • Syarikat Sdn. Bhd: RM500,000.00  
Tempoh Pembiayaan 
  • 1-10 tahun (12-120 bulan)  

Jaminan atau Cagaran 

  

  • Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon;  

     

atau  

 

  • Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon;  

     

atau

 

  • Gabungan kedua-duanya sekali  
  • Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan  

     

atau  

 

  • Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn. Bhd. memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat  
Kadar Keuntungan 
  • 4% (Kadar Berkurangan)  
Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) 
Telipon

TELEFON

+603-2613 2000 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda