Agrobank - Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan (PMRNA)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/12/2023

  • Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan (PMRNA) adalah sebuah pinjaman di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh AgroBank bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bertujuan untuk  membiaya kos pembelian aset, pembangunan & modal kerja dengan tumpuan kepada pertanian pintar & bernilai tinggi. 

  • Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan (PMRNA) merupakan kemudahan pembiayaan yang ditawarkan melalui Agrobank selaras dengan tumpuan ke atas pertanian pintar dan bernilai tinggi oleh pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (MAFS) menerusi Dasar Agromakanan Negara 2.0 

  • Program ini memberi penekanan kepada pemodenan sektor pertanian dan industri makanan di sepanjang rantaian nilai agromakanan melalui peningkatan penggunaan automasi dan teknologi yang berteraskan Revolusi Industri Keempat 4.0 (4IR) 

  • Di bawah program ini, Agrobank menawarkan dua jenis pembiayaan iaitu pertanian kontrak dan pertanian bukan kontrak, di mana penilaian kredit bagi permohonan adalah tertakluk kepada terma yang ditetapkan oleh pihak Agrobank 

  • Skop pembiayaan PMRNA menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah konsep syariah (Tawarruq) melibatkan pembiayaan bagi kos berkaitan pembelian aset, kos pembangunan dan kos modal kerja bagi sektor pertanian dan industri makanan dengan penggunaan teknologi dan automasi yang berteraskan 4IR yang lebih efisien dan seterusnya dapat membantu meningkatkan hasil perniagaan/projek 

  • Antara skop pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut: 

     

    1. Pembelian peralatan atau teknologi bagi memacu peningkatan pengeluaran hasil dengan kualiti yang lebih tinggi berbanding dengan kaedah konvensional; 

    2. Mendapatkan teknologi dan sistem yang telah diguna pakai oleh mana-mana projek sedia ada dan diperakukan hasil dan/atau; 

    3. Modal bagi memperluaskan skop perniagaan dan pelaksanaan teknologi bagi menangani peningkatan penggunaan teknologi dan automasi berteraskan 4IR dalam operasi 

       

  • Tempoh kemudahan pembiayaan: Maksimum sehingga sepuluh (10) tahun (120 bulan) termasuk tempoh moratorium maksimum selama 12 bulan (tertakluk pada keperluan projek/unjuran aliran tunai dan/atau keperluan lain-lain). Jangka hayat teknologi yang diguna pakai akan turut diambil kira 

  • Kadar keuntungan: Kadar efektif 3.5% setahun atas baki pembiayaan 

  

 

 

Margin Had Pembiayaan

  • Sehingga 100% daripada jumlah kos termasuk kos sampingan (contoh: takaful, duti setem, dan lain-lain) dan tertakluk pada jumlah maksimum seperti berikut:

 

Perusahaan MikroKontrakBukan Kontrak
Minimum RM10,000.00RM10,000.00
MaksimumRM500,000.00RM500,000.00

 

Perusahaan Kecil dan SederhanaKontrak Bukan Kontrak
MinimumRM30,000.00RM50,000.00
MaksimumRM1,000,000.00RM1,000,000.00

 

  • Jumlah pembiayaan agregat bagi kedua-dua CAPEX dan/atau OPEX dan pembiayaan kepada PKS dengan pemegang saham yang sama dengan pegangan saham >20% TIDAK BOLEH melebihi had pembiayaan maksimum yang ditetapkan untuk kedua-dua PKS dan Perusahaan Mikro

 

 

 

Jenis Produk Pembiayaan

Jenis Pembiayaan Maklumat Lanjut
Pembiayaan Modal Kerja-i (MK-i)
  • Menyediakan perbelanjaan operasi tetapi tidak terhad kepada kos untuk pembelian benih, baja, penyelenggaraan dan utiliti sistem, gaji pekerja, overhead cost dan lain-lain yang berkaitan dengan operasi ladang

 

Pembiayaan Berjangka-i/ Term Financing-i (TF-i)
  • Menyediakan perbelanjaan modal tetapi tidak terhad kepada kos input untuk pembelian benih, baja, peralatan teknologi, pemerolehan bahan untuk penanaman pertanian pintar

 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)
Telipon

TELEFON

1-300-88-2476

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda