Terakhir dikemas kini pada 07/12/2023
Micro/i PKBC Scheme B ialah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation)
Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:
Ciri-ciri | Penerangan |
---|---|
Amaun Pinjaman |
|
Tempoh Pinjaman |
|
Jenis Sektor Perniagaan |
|
Kadar Keuntungan |
|
Perusahaan Mikro (Syarikat Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd. termasuk perniagaan Profesional)
Dimiliki oleh warganegara Malaysia
Pemastautin tetap Perkampungan Baru Cina / Perniagaan yang dijalankan beroperasi dari Perkampungan Baru Cina dan disahkan oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP)
Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Semenanjung Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Pejabat Daerah bagi Sabah dan Sarawak/ Agensi / Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional)
Pembiayaan ditawarkan untuk perniagaan yang telah beroperasi / bertujuan untuk memulakan perniagaan
Perniagaan telah beroperasi sekurang kurangnya enam (6) bulan
Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa / separuh masa
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di Laman Rasmi BSN
Dokumen yang diperlukan:
Pemilikan Tunggal/Perkongsian
a) Pengesahan dari PKP yang menyatakan Pelanggan adalah pemastautin tetap Perkampungan Baru Cina / perniagaan adalah beroperasi di dalam kawasan Perkampungan Baru Cina
b) Pendaftaran perniagaan dengan SSM dan / atau Lesen Perniagaan dengan Majlis Daerah / Majlis Perbandaran / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / permit operasi / Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah
c) Salinan Kad Pengenalan Pemilik dan Rakan Kongsi
d) Penyata Akaun (Certified Account) / Akaun Pengurusan (Management Account) untuk 2 tahun terkini
e) Penyata Bank untuk 6 bulan terkini
f) Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
Syarikat Sdn. Bhd
a) Pengesahan dari PKP yang menyatakan Pelanggan adalah pemastautin tetap Perkampungan Baru Cina / perniagaan adalah beroperasi di dalam kawasan Perkampungan Baru Cina.
b) Dokumen Disahkan Benar (Certified True Copy (CTC)) seperti berikut :
• Borang 9, 24, 44, 49
• Memorandum & Artikel Penubuhan (M&A) / Konstitusi Syarikat
c) Resolusi Ahli Lembaga Pengarah
d) Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah/Pemegang Saham/Penjamin (jika ada)
e) Penyata Kewangan Syarikat Beraudit/Penyata Akaun yang digunapakai untuk tujuan percukaian (Management Account) untuk 2 tahun terkini
f) Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini
g) Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank