Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024

  • Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) adalah sebuah pinjaman di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi usahawan wanita Bumiputera bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan dan memperkasakan usahawan wanita sedia ada disamping meningkatkan pendapatan isi rumah.

  • Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.

PerkaraPenerangan
Skop Pembiayaan
  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
Had Pembiayaan
  • RM150,000
Tempoh Pembiayaan
  • 1-10 tahun (12-120 bulan)
Jaminan/Cagaran
  • Dikecualikan bagi pembiayaan RM50,000 ke bawah
  • Pembiayaan RM50,001 hingga RM150,000:
  1. Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; 

     

    atau

     

  2. Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; 

     

    atau

     

  3. Gabungan kedua-duanya sekali; 

     

    atau

     

  4. Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan

 

Kadar Keuntungan3.5% (Kadar Berkurangan)
Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Telipon

TELEFON

+603-2613-2000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda