Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Geran Galakan Melancong Malaysia (GAMELAN) ialah geran padanan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) di bawah Belanjawan 2024 bagi industri pelancongan bertujuan untuk merancakkan aktiviti pelancongan.
Syarikat / Persatuan / Pertubuhan / Kelab yang layak memohon:
Peringatan : Pemohon yang tamat tempoh mana-mana lesen yang berkaitan dengannya tidak akan dipertimbangkan. Resit pembayaran/apa-apa dokumen rasmi yang berkaitan perlu dikemukakan sebagai bukti sekiranya permohonan pembaharuan lesen telah dibuat.
Pemohon diminta untuk melengkapkan Borang A / Borang B / Borang C1 / Borang C2 / Borang C3 dan Borang Perakuan (yang mana berkenaan) dan permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan secara salinan cetak/keras (hardcopy) kepada:
URUS SETIA
GERAN GALAKAN MELANCONG MALAYSIA (GAMELAN)
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA
(TOURISM MALAYSIA) BAHAGIAN DOMESTIK & ACARA
ARAS 4, NO. 2, MENARA 1
JALAN P5/6, PRESINT 5
62200 PUTRAJAYA
Dan E-Mel salinan maya (softcopy) kepada [email protected]
Untuk maklumat berkenaan dengan permohonan sila rujuk Geran Galakan Melancong Malaysia (GAMELAN)
Sila rujuk maklumat lanjut di Garis Panduan GAMELAN 2024