Terakhir dikemas kini pada 22/10/2024
Skim Insentif Pemampanan Pengeksport ialah satu kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) kepada usahawan/pengeksport untuk menyokong dan memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk memasuki pasaran antarabangsa.
Program ini juga bertujuan untuk menyokong para usahawan/pengeksport untuk memperluaskan perniagaan serta mengembangkan kreativiti di peringkat antarabangsa di samping menggalakkan dan memudahkan golongan tersebut mencari pasaran baharu untuk barangan keluaran mereka dan meningkatkan kebolehupayaan PKS sebagai pengeksport dalam jangka masa panjang
Program ini juga membantu usahawan/pengeksport mengurangkan kos operasi supaya dapat bersaing dalam perdagangan antarabangsa
Berikut adalah ringkasan kemudahan pinjaman tersebut:
Perkara | Keterangan |
---|---|
Tempoh Permohonan |
|
Sektor Sasaran |
|
Tempoh Pembiayaan
|
|
Jumlah Pembiayaan
|
|
Margin Pembiayaan
|
|
Subsidi Kadar Keuntungan
|
|
Perkara Berkaitan Kredit |
|
Terbuka kepada semua syarikat/perniagaan yang berdaftar dan ditubuhkan di Malaysia
Pemilikan majoriti sebanyak 51% oleh warganegara Malaysia
Telah beroperasi dengan minimum 6 bulan dan bersedia untuk ke pasaran eksport
Pemohon boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan EXIM Bank yang berhampiran untuk mendapatkan penerangan lanjut berkenaan permohonan serta dokumen sokongan yang diperlukan
Untuk maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim EXIM Bank