EXIM Bank - Skim Insentif Pemampanan Pengeksport (SIP2)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/12/2023

  • Skim Insentif Pemampanan Pengeksport ialah satu kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) kepada usahawan/pengeksport untuk menyokong dan memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk memasuki pasaran antarabangsa. 

  • Program ini juga bertujuan untuk menyokong para usahawan/pengeksport untuk memperluaskan perniagaan serta mengembangkan kreativiti di peringkat antarabangsa di samping menggalakkan dan memudahkan golongan tersebut mencari pasaran baharu untuk barangan keluaran mereka dan meningkatkan kebolehupayaan PKS sebagai pengeksport dalam jangka masa panjang  

  • Program ini juga membantu usahawan/pengeksport mengurangkan kos operasi supaya dapat bersaing dalam perdagangan antarabangsa 

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pinjaman tersebut:  

Perkara 

Keterangan 

Tempoh Permohonan
  • Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS): 25 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025, atau sehingga dana habis digunakan, mana yang terdahulu
  • Syarikat Bukan PKS: 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024, atau sehingga dana habis digunakan (terhad kepada dana terkumpul sehingga RM500,000,000 sahaja), mana yang terdahulu
Sektor Sasaran
  • Terbuka kepada semua sektor dan industri seperti termaktub dalam mandat EXIM Bank.

Tempoh Pembiayaan 

 

  • Sehingga 7 tahun  

Jumlah Pembiayaan 

 

  • Sehingga RM10,000,000

Margin Pembiayaan 

 

  • Kadar Pembiayaan Semasa - Subsidi Kadar Keuntungan 1.5% setahun

Subsidi Kadar Keuntungan 

 

  • 1.5% setahun  
Perkara Berkaitan Kredit 
  • Tertakluk kepada proses kelulusan kredit EXIM Bank  

 

 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank Malaysia)
Telipon

TELEFON

+603-2601 2000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda