BUDI Agri-Komoditi
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 23/11/2024

  • BUDI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel yang dikelolakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan dalam masa yang sama untuk mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat. 
  • BUDI Agri-Komoditi ini khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan KPKM atau KPK. 
  • Permohonan BUDI Agri-Komoditi berkuatkuasa bermula 28 Mei 2024 
  • Permohon akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 dan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon pada setiap bulan mulai Jun 2024.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) & Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
Telipon

TELEFON

03-88701207 (Petani Kecil)

03-8880 1475 (Pekebun Kecil)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda