​​BSN - Skim Mikro/i MADANI Veteran
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 01/10/2024

  • ​​Skim Mikro/i MADANI Veteran ialah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation).

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-Ciri

Penerangan 

Jumlah Pembiayaan
  • RM5,000 - RM50,000

Tempoh Pembiayaan
  •  1 tahun hingga 5 tahun

Kadar Pembiayaan
  • 4.00% setahun (kadar tetap)

Skop Pembiayaan
  • Peruncitan dan pemborongan

  • Pembuatan

  • Perkhidmatan

  • Lain-lain sektor dan sub-sektor yang akan dipertimbangkan oleh Pengurusan BSN berdasarkan kes

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Bank Simpanan Nasional (BSN)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda