PUNB - PROSPER Impact
Permohonan Akan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/01/2024

  • PROSPER Impact ialah pakej pembiayaan untuk pemohon baharu bagi membiayai modal kerja untuk kontrak yang diterima daripada organisasi/syarikat/agensi yang bereputasi seperti Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Syarikat Multinasional, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Badan Berkanun. 

Perkara 

Penerangan 

Jumlah Pembiayaan
  • Pembiayaan berjangka dari RM100 ribu sehingga RM5 juta.
  • Permohonan terbuka kepada semua entiti milikan tunggal/perkongsian/perkongsian liabiliti terhad/syarikat diperbadankan.
  • Entiti milikan tunggal dan perkongsian yang memohon pembiayaan RM300 ribu dan ke bawah boleh mengekalkan entiti sedia ada. Untuk permohonan melebihi RM300 ribu, entiti perlu diperbadankan sekiranya permohonan diluluskan.
Kadar Keuntungan
  • Sehingga 6.5% setahun pada kadar asas baki harian.
Terma Pembiayaan
  • Tempoh pembiayaan: Sehingga 5 tahun
  • Tempoh penangguhan: Tiada
  • Tempoh Ketersediaan: 6 bulan dari tarikh penerimaan Surat Tawaran atau Perjanjian Kemudahan, mengikut yang berkenaan
Skop Pembiayaan
  • Modal kerja maksimum sehingga 90% daripada setiap nilai projek
Sektor Pembiayaan
  • Pembiayaan dan perkhidmatan PUNB terbuka kepada semua usahawan dan perniagaan Bumiputera yang terlibat dalam sektor
    peruncitan, perdagangan dan pengedaran, pembuatan dan perkhidmatan di pelbagai sektor kecuali sektor pertanian, perikanan dan perladangan
Sektor yang Dibiaya
  • Peruncitan & Pengedaran Perdagangan
  • Pembuatan & Kejuruteraan
  • Sistem & Automasi
  • Kesihatan
  • Hospitaliti
  • Penggerak Perniagaan (Pembangunan Perisian, Logistik, Penggudangan & Perkhidmatan Penghantaran)
  • Kreatif (Kraftangan, cenderahati, seni lukis, seni halus (kaligrafi), animasi (infografik), hiasan dalaman dan fesyen)
Sektor yang Tidak Dibiaya
  • Pertanian & Perlombongan
  • Perumahan & Hartanah
  • Kewangan (Pembiayaan dan Pajakan sama ada produk kewangan/bukan kewangan bitcoin, dagangan wang asing (forex), pajak gadai dan perkhidmatan kiriman wang)
  • Perniagaan yang bercanggah dengan prinsip syariah
Keistimewaan Pembiayaan
  • Rebat duti setem ke atas surat cara/dokumen pembiayaan
  • Cagaran yang minimum
  • Rebat pembiayaan (tertakluk kepada terma & syarat)
  • Proses penilaian yang telus
  • Pembiayaan patuh syariah
Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Telipon

TELEFON

1-300-13-7862

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda