SME Bank - Pembiayaan Jaguh Serantau
Terakhir dikemas kini pada
07/12/2023
- Program Jaguh Serantau ialah skim pembiayaan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk kemudahan pembiayaan modal kerja dan/atau pembelian aset untuk menyokong PKS Bumiputera yang berpotensi untuk menjadi Jaguh Serantau
Perkara | Penerangan |
---|
Tempoh Pelaksanaan | - Sehingga 31 Disember 2025
|
---|
Kadar Keuntungan | - Mengikut kadar risiko SME Bank
|
---|
Amaun Pembiayaan | |
---|
Jaminan | - Jaminan pembiayaan oleh SJPP atau CGC
|
---|
Tempoh Pembiayaan | |
---|
- PKS termasuk syarikat bersaiz besar yang dimiliki 51% oleh Bumiputera
- Perniagaan patuh Syariah
- Produk atau perkhidmatan berada di pasaran serantau atau bersedia untuk eksport ke pasaran serantau
- Beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun
- Peningkatan hasil jualan tahunan sebanyak 5% dan merekodkan keuntungan untuk dua (2) tahun terkini (kecuali untuk tahun 2020 dan 2021 yang terkesan oleh pandemik COVID19/Perintah Kawalan Pergerakan)
- Salinan kad pengenalan untuk semua pengarah/pemegang saham/rakan kongsi/pemilik/penjamin
- Salinan pendaftaran perniagaan yang sah
- Dokumen kesetiausahaan yang diperakui
- Akaun beraudit atau akaun pengurusan terkini
- Penyata akaun bank untuk 6 bulan terakhir yang disahkan
- Pelan perniagaan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan yang diperlukan oleh pihak Bank
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda