MIDF - Geran Padanan Bagi Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera Industri Aeroangkasa (MGBAS)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/12/2023

  • Geran Padanan Bagi Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera Industri Aeroangkasa (MGBAS) adalah sebuah kemudahan geran yang disediakan oleh National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia) melalui Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) untuk tujuan menyokong pembangunan dan penyertaan PKS Aeroangkasa Bumiputera ke arah pertumbuhan menyeluruh dan seimbang dalam ekosistem aeroangkasa Malaysia.

     

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-ciriPenerangan 
Jumlah GeranSehingga maksimum RM2.5 juta
Tempoh GeranSehingga 12 bulan dari tarikh kelulusan
Margin GeranSehingga 80%
Skop Geran
  • Latihan teknikal untuk projek baharu;
  • R&D yang meliputi fabrikasi reka betuk jig & lekapan, artikel pertama, bahan mentah, upah kejuruteraan dan lain-lain.
  • Perbelanjaan modal (CAPEX) untuk jentera/ peralatan/ perkakasan/ jig & lekapan/ acuan & mesin die/ perkakasan IT/ perisian/ perbelanjaan lain yang berkaitan;
  • Kelulusan pelanggan khusus pada proses; dan
  • Kelayakan & kelulusan produk pertama; akreditasi/ pensijilan/ pelesenan.
Caj Pengurusan
  • 2% daripada jumlah geran yang disalurkan.
Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Malaysian Industrial Development Finance (MIDF)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda