Skuad Waja
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 07/11/2024

  • Skuad Waja adalah inisiatif dibawah Belanjawan 2024 sukarelawan yang ditubuhkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang jenayah dan diskriminasi terhadap wanita dan secara tidak langsung menangani isu kes keganasan terhadap wanita. Melalui program ini, ahli Skuad Waja telah dilengkapi dengan latihan menggunakan Modul Skuad Waja yang dibangunkan oleh JPW. Modul ini merangkumi Slot Kemahiran E.A.R.S (Empati, Atensi, Respon, Sokongan) dan Slot Waja (Diskriminasi gender, Gangguan Seksual, Jenayah Siber, Pemerdagangan Orang, Keldai Dadah, Rogol dan Cabul dan Keganasan Rumah Tangga).

     

    Peranan Skuad Waja :

  • Memperkasakan komuniti melalui psikososial dan aktiviti dalam komuniti khususnya wanita bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jenayah 
  • Panduan kepada masyarakat tentang pentingnya usaha menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita 
  • Peranan Skuad Waja juga telah diperluaskan sebagai ejen perkhidmatan psikologi dalam komuniti dalam usaha meningkatkan pengetahuan wanita bukan sahaja dari aspek perundangan dan hak wanita, tetapi juga melalui empat (4) domain utama dalam pemerkasaan wanita iaitu kewangan, kemahiran, keseimbangan dan kepimpinan (4K).

     

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang Skuad Waja.

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Jabatan Pembangunan Wanita
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda