Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Tiada Permohonan Diperlukan
Terakhir dikemas kini pada
06/11/2024
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bertujuan untuk memenuhi keperluan barangan asas.
- Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:
Kategori Penerima | Kadar Sumbangan | Tempoh Pelaksanaan |
---|
Penerima STR kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih | - RM1,200
- Semenanjung - RM100 disalurkan setiap bulan bagi tempoh 12 bulan
- Sabah, Sarawak & WP Labuan - Bayaran RM600 disalurkan 2 kali setahun
| - Semenanjung* - Bermula 22 Januari 2024 (Isnin)
- Sabah, Sarawak & WP Labuan - 19 Februari 2024 (Isnin) & mulai September 2024 melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
*Nota: Rujuk tab "Cara Memohon" bagi perincian tarikh mengikut negeri di Semenanjung |
Penerima STR kategori bujang berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih | - RM600
- Semenanjung - RM50 disalurkan setiap bulan bagi tempoh 12 bulan
- Sabah, Sarawak & WP Labuan - Bayaran RM300 disalurkan 2 kali setahun
|
Penerima STR kategori isi rumah dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih | RM300 | Bayaran akan dibuat berperingkat mengikut kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 9 December 2024 (Isnin) |
Penerima STR kategori bujang & warga emas tiada pasangan dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih | RM150 |
- Pelaksanaan SARA akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula 19 Februari 2024 (Isnin) & mulai September 2024
- Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Laman Rasmi STR atau Portal MyKasih.
- Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda