Bantuan Kecil Persekutuan (BKP)
Terakhir dikemas kini pada
07/01/2025
- Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) adalah satu skim biasiswa yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada murid daripada golongan keluarga berpendapatan rendah supaya mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
Kadar bayaran Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) adalah seperti berikut:
- Tingkatan 1 hingga 4 dan Tahun 1 KV
| - RM70.00 sebulan x 12 bulan
|
- Tingkatan 5 dan Tahun 1 KV
| - RM70.00 sebulan x 11 bulan
|
- Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sains)
- Tingkatan 6 Atas (Aliran Sains)
- Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sastera) & Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
- Tingkatan 6 Atas (Aliran Sastera)
| - RM110.00 sebulan x 7 bulan
- RM110.00 sebulan x 11 bulan
- RM90.00 sebulan x 7 bulan
- RM90.00 sebulan x 11 bulan
|
Kelayakan Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) adalah seperti berikut:
- Murid Warganegara Malaysia
- Tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) termasuk murid Tahun 1 dan Tahun 2 Kolej Vokasional dan murid yang menduduki STAM
- Pendapatan ibu dan bapa / penjaga adalah RM 2,589 sebulan dan ke bawah
- Cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum mengikut merit yang ditetapkan
- Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun / insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan
Nota: Biasiswa disalurkan terus oleh KPM ke akaun murid yang layak.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda