Terakhir dikemas kini pada 08/11/2023
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup
Permohonan STR dibuka sepanjang tahun mulai 1 November 2023 dan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun
Pemohon perlu membuat kemaskini permohonan sekiranya permohonan tidak dikemaskini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 (kecuali warga emas dan penduduk pendalaman Sabah/Sarawak)
Pemohon perlu membuat permohonan baharu sekiranya pemohon tidak mempunyai rekod di dalam sistem STR 2024
Bil | Tarikh Penghantaran Borang Permohonan (Dalam Talian dan Borang Kertas) | Tarikh Pembayaran |
---|---|---|
1. | 1 November 2023 - 30 November 2023 | Februari 2024 |
2. | 1 Disember 2023 - 29 Februari 2024 | April 2024 |
3. | 1 Mac 2024 - 30 Jun 2024 | Ogos 2024 |
4. | 1 Julai 2024 - 30 September 2024 | November 2024 |
Bayaran STR akan disalurkan 4 kali setahun mengikut kategori kelayakan seperti di bawah, di mana tarikh penyaluran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
Pendapatan | Kadar STR 2024 | |||
---|---|---|---|---|
Isi Rumah | Bilangan Anak | |||
≥ 5 orang | 3 - 4 orang | 1 - 2 orang | Tiada Anak | |
≤ RM2,500 | RM2,500 | RM2,000 | RM1,500 | RM1,000 |
RM2,501 - RM5,000 | RM1,250 | RM1,000 | RM750 | RM500 |
Warga Emas Tiada Pasangan | ||||
≤ RM5,000 | RM600 | |||
Bujang | ||||
≤ RM2,500 | RM350 |
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi STR dan Risalah STR 2024
Kategori Individu | Syarat Kelayakan |
---|---|
Isi Rumah |
|
Warga Emas Tiada Pasangan |
|
Bujang |
|
*Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19-59 tahun yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak/tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang
secara dalam talian di Laman Rasmi STR, sila rujuk Panduan Pengguna Laman Rasmi STR 2024 bagi tatacara untuk membuat permohonan
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Individu | Jenis Dokumen |
---|---|
Pemohon |
|
Pasangan |
|
Anak |
|