Program Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Terakhir dikemas kini pada
06/11/2024
Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah sebuah bantuan subsidi pembelian rumah di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah sehingga RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah bertujuan untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Perkara | Semenanjung Malaysia | Pulau di Semenanjung Malaysia | Sabah/Sarawak/ Labuan |
---|
Konsep | - Sebuah rumah satu (1) tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air
|
Keluasan rumah | |
Keluasan tanah (tertakluk kepada rekabentuk) | | | |
Harga | | | |
Subsidi (pembinaan) | |
Jumlah pinjaman | - Tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB
|
Anggaran bayaran bulanan | - Tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB
|
Kaedah pembiayaan | - Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB
- Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay
|
Dokumen perjanjian dan sekuriti | - Firma guaman berdaftar dengan SPNB
|
Pelaksanaan pembinaan | - Kontraktor Gred G1-G7
- Pembekal utama produk
- Berdaftar dengan SPNB dan CIDB
|
Warganegara Malaysia
Pemohon mestilah berumur 18 - 65 tahun
Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki rumah usang/tidak sempurna
Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah
Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk) Tertakluk kepada peruntukan kewangan
Nota:
Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.
- Tekan butang permohonan di Portal Pendaftaran RMR
- Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran login dengan lengkap
- Login ID dan kata laluan akan dihantar kepada pemohon
- Log masuk ke Laman Utama, dengan menggunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
- Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat ke dalam sistem
- Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang
- Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
- Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
- Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua
- Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
Nota:
- Surat Pengesahan pendapatan/tidak memiliki rumah/memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A
- SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
- Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB
- Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda