- Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) adalah satu inisiatif yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khusus untuk warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti
- Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
- Objektif penubuhan PAWE adalah seperti berikut :
- Mempelbagaikan dan meluaskan kemudahan-kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas
- Meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif
- Memberi ruang kepada warga emas agar dihargai melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran mereka
- Menyatupadukan pelbagai etnik / kaum dan agama
- Pelbagai aktiviti / program ada disediakan di Pusat Aktiviti Warga Emas seperti:
- Program keagamaan
- Program rekreasi
- Program terapi dan pemulihan
- Program ceramah kesihatan
- Latihan atau kursus yang bersesuaian
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi PAWE
- Warga Emas berumur 60 tahun ke atas dan sihat serta dapat menguruskan diri
Sila rujuk, Senarai Pusat Aktiviti Warga Emas yang berhampiran dengan tempat tinggal
Nota : Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga emas yang mengikuti aktiviti di Pusat Aktiviti Warga Emas