Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/11/2024

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan program bantuan tunai Kerajaan yang dikelolakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan 2024 bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup

  • Tempoh permohonan STR adalah sepanjang tahun mulai 1 November 2023 dan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun 

  • Pemohon yang tiada dalam pangkalan data STR perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan

  • Pembayaran STR adalah seperti berikut :

    BilFasaTarikh Pembayaran
    1Fasa 1
    • Secara berperingkat bermula pada 29 Januari 2024 (Mempunyai akaun bank)
    • Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada 29 Januari 2024 (Tiada akaun bank)
    2Fasa 2
    • Secara berperingkat bermula pada 3 April 2024 (Mempunyai akaun bank)
    • Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada 3 April 2024 (Tiada akaun bank)
    3Fasa 3      
    • Secara berperingkat bermula pada 29 Ogos sehingga 6 September 2024 (Penerima sedia ada)
    • Secara berperingkat bagi permohonan baharu dan semakan semula (Rayuan) bermula pada 18 September 2024

     

    Nota: Penerima bayaran STR 2024 Fasa 3 merujuk kepada permohonan STR 2024 yang berstatus lulus

     

    • Kaedah pembayaran:

      i. Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan

      ii. Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

       

    • Jadual pembayaran kaunter pendalaman Sabah dan Sarawak:

      i. Pedalaman Sabah

      ii. Pedalaman Sarawak

    4Fasa 4
    • Secara berperingkat bermula pada 7 November 2024 (Mempunyai akaun bank)
    • Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada 7 November 2024 (Tiada akaun bank)

     

    • Kaedah pembayaran:

      i. Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan

      ii. Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

     

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi STR dan Risalah STR 2024

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Telipon

TELEFON

1-800-88-2747

+603-8882 4565
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda