i-Suri
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 27/02/2025

  • Program i-Suri ialah insentif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.
  • i-Suri adalah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang. Ahli KWSP yang layak akan menerima Insentif Khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau apabila mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.
  • Caruman i-Suri akan diagihkan ke Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%), dan Akaun Fleksibel (10%).

Faedah

Perkara

Insentif Khas

Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa

Pelepasan Cukai

Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN

Dividen Tahunan

Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan 

Bantuan Kematian

Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu​. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi KWSP

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda