- BUDI Individu merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel yang dikelolakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan dalam masa yang sama untuk mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
- BUDI Individu khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia
- Peluasan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) telah dilaksanakan secara dalam talian menerusi Sistem MySubsidi Diesel bermula 7 Mac 2024.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi BUDI Individu
Syarat Kelayakan:
Pemohon:
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah
Kriteria Pemilikan Kenderaan
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif;
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
- Motosikal diesel;
- Kenderaan persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
- Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun. Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing;
- Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran
Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan melalui portal rasmi BUDI MADANI. Sekiranya tidak diluluskan, dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan dibuka mulai 3 Jun 2024.
Permohonan BUDI Individu adalah terhad secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu dengan kaedah berikut:
- Mendaftar akaun pengguna Klik pada menu Permohonan Baharu > Pemilikan Kenderaan (Diesel) Individu
Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
i. No. Mykad
ii. No. Telefon Bimbit
iii. Nama Bank No. Akaun Bank
iv. Alamat e-mel
Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
i. Nombor Pendaftaran Kenderaan
ii. Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor
iii. Jenama / Model Kenderaan
iv. Kelas Kegunaan Kenderaan