AIM - Skim Pembiayaan Ikhtiar (SPI)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/12/2023

  • Skim Pembiayaan Ikhtiar (SPI) disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bertujuan meningkatkan sosio-ekonomi golongan berpendapatan rendah melalui pembiayaan bagi tujuan ekonomi atau sosial.

  • SPI Ekonomi disediakan bagi memulakan perniagaan baru atau mengembangkan perniagaan sedia ada manakala SPI Sosial pula disediakan bagi memenuhi keperluan sosial seperti perumahan, pembelian aset, pendidikan dan pemulihan projek.

  • Pembiayaan disalurkan melalui pendekatan dan syarat yang mudah dan bersesuaian dengan golongan sasaran. Penyaluran pembiayaan secara berterusan memberi peluang kepada penerima pembiayaan untuk membesarkan perniagaan dan membangunkan ciri-ciri keusahawan dengan berkesan di samping dapat memenuhi keperluan asas sosio-ekonomi keluarga.

  • Golongan sasaran yang berkelayakan dan diterima menyertai AIM dikenali sebagai Sahabat Usahawan AIM.

  • AIM menawarkan tujuh skim dengan had tertinggi jumlah pembiayaan dan tempoh-tempoh bayaran seperti berikut: 

 

SkimKeteranganJumlah PembiayaanTempoh Bayar Balik
SPI Ekonomi 
i-MudaPembiayaan modal perniagaan untuk menjalankan projek bagi meningkatkan pendapatan Sahabat UsahawanPembiayaan modal perniagaan untuk menjalankan projek bagi meningkatkan pendapatan Sahabat Usahawan  Sehingga RM30,000*

Sehingga 150 minggu

i-MesraPembiayaan untuk Sahabat Usahawan berumur 40 tahun ke atasSehingga RM10,000*

Sehingga 100 minggu

i-SrikandiPembiayaan untuk Sahabat Usahawan berumur 40 tahun ke atasRM10,001-RM30,000

Sehingga 150 minggu

SPI Sosial
 i-SejahteraPembiayaan untuk baik pulih rumah dan premis perniagaan, pembelian aset tambahan dan emas, pelaburan (pembelian saham, simpanan dan tambahan modal).Sehingga RM15,000

Sehingga 100 minggu

i-BestariPembiayaan untuk meningkatkan kemahiran dan pendidikan Sahabat Usahawan serta keperluan persekolahan anak-anak dari peringkat rendah sehingga pusat pengajian tinggi.Sehingga RM5,000

Sehingga 100 minggu

i-WibawaPembiayaan bagi menjalankan projek secara bermusim seperti perniagaan di bulan Ramadan atau projek yang ditawarkan secara kontrak atau tender dengan mendapat bayaran sekali gus.Sehingga RM15,000

Sehingga 25 minggu

i-PenyayangPembiayaan untuk membantu Sahabat Usahawan yang menghadapi masalah kegagalan projek ekonomi.Sehingga RM5,000

Sehingga 100 minggu

* Sahabat Usahawan baru hanya layak pembiayaan i-Muda atau i-Mesra dengan jumpah maksimum RM5,000 sahaja.

** Semua pembiayaan adalah tertakluk kepada margin keuntungan sebanyak 10% setahun

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Telipon

TELEFON

03-62734877

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda