SJPP - Skim Jaminan Kerajaan MADANI (GGSM)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/12/2023

  • GGSM ialah skim jaminan Kerajaan oleh SJPP di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk menyediakan bantuan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Syarikat Bersaiz Pertengahan (MSC) Malaysia dengan menyediakan jaminan Kerajaan kepada Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat untuk pembiayaan yang disediakan untuk semua sektor ekonomi terutamanya kepada 4 sektor berikut:
    1. Teknologi Tinggi
    2. Pertanian
    3. Pembuatan
    4. Pelancong
PERKARA  PENERANGAN  
Tujuan Pembiayaan
  • Modal kerja
  • Perbelanjaan Modal
Had Pembiayaan  

Sehingga RM30.0 juta bagi setiap syarikat untuk 4 sektor di bawah:

 

  • Teknologi Tinggi
  • Pertanian
  • Pembuatan
  • Pelancongan


Sehingga 20 juta setiap syarikat untuk semua sektor lain.

 

*Had pembiayaan adalah tertakluk kepada had kumpulan agregat tidak melebihi RM50 juta untuk semua skim jaminan yang diurus oleh SJPP, termasuk skim ini.

Jenis Pembiayaan  Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i, Kredit Pusingan/ Kemudahan Pusingan-i dan Pembiayaan Perdagangan/ Pembiayaan Perdagangan-i  
Tempoh Jaminan Sehingga 10 tahun atau 31 Disember 2035, yang mana lebih awal
Jaminan Perlindungan
  • Jaminan sehingga 90% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/keuntungan) yang diperolehi bagi 4 sektor utama. Had pembiayaan yang layak untuk jaminan pembiayaan 90% akan dihadkan kepada RM10.0 juta bagi setiap syarikat.
  • Sehingga 80% untuk semua sektor lain
Yuran Jaminan
  • Skim-skim Pembiayaan BNM: 0.5% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
  • 4 sektor utama: 0.75% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
  • Sektor-sektor lain: 1.0% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
Kadar Faedah/Keuntungan  Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat  
Tempoh PermohonanPermohonan dibuka sehingga 31 Disember 2024

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP)
Telipon

TELEFON

+603-2096-5000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda