Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan JKM
Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
Salinan penyata gaji
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
Salinan penyata gaji suami/isteri
Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai
Untuk memohon, sila muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska.
Pelan Penyelesaian Hutang (Debt settlement plan, DSP) adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi pelanggan yang meninggalkan perkhidmatan atau bersara tidak berpencen bertujuan untuk memulihkan dan menyelesaikan hutang sivil melalui penjadualan semula bayaran balik pembiayaan DSP membantu peminjam meneruskan bayaran ansuran bulanan di dalam tempoh pembiayaan asal berbanding bayaran penyelesaian sekaligus Pelan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu DSP 1 dan DSP 2 Untuk maklumat lanjut,sila layari Laman Rasmi Pelan Penyelesaian Hutan (DSP) atau tonton video Pelan Penyelesaian Hutang (DSP)
Penjawat Awam - Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA)
Penjawat Awam – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) adalah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertujuan untuk membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara Kerajaan Persekutuan dalam membuat persediaan untuk menyambut perayaan.BKKA untuk tahun 2023 sebanyak RM700 akan disalurkan kepada penjawat awam termasuk lantikan kontrak yang layak*Tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada penjawat awam bagi tahun 2023 telah diubah daripada 17 April 2023 kepada 14 April 2023Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Surat Edaran JPA.800-3/2/4 (27) atau layari Laman Rasmi JPA *Nota: Sila semak kriteria kelayakan di butang "Kelayakan"
MIROS - Program Insentif Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) 2023
Program Insentif Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) 2023 adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanakSemakan kelayakan boleh dibuat melalui Laman Rasmi MyCRS 2023 bermula dari 19 Jun 2023 sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan habis diguna pakai (mana-mana yang terdahulu)Penerima yang disenarai layak boleh terus menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar dengan MIROS https://www.mycrs.gov.my/orangawam/retailerlistpJumlah insentif maksima di bawah program ini adalah sehingga RM150, di mana: Kerusi keselamatan yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli/diperolehi secara percuma; manakala untukKerusi keselamatan yang berharga RM150 ke atas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di Laman Rasmi MyCRS 2023 bermula 1 Julai 2023 hingga 15 September 2023 atau sehingga peruntukan habis diguna pakai (mana-mana yang terdahulu)Pemohon hanya dibenarkan untuk menghantar satu permohonan kerusi keselamatan bagi satu isi rumahTempoh penebusan insentif MyCRS 2023 adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan habis diguna pakaiUntuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi MyCRS 2023