Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial (SEFS) — Portal Manfaat
Applications OpenSmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)Kewangan dan Pembiayaan
Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial (SEFS)
Skim pembiayaan bagi syarikat PMKS untuk modal kerja dan pembelian aset oleh perusahaan sosial
StatusApplications Open
AgencySmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
Who It's ForBusinesses & Employers
Introduction
Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial (Social Enterprise Financing Scheme, SEFS) ialah bantuan kewangan khusus kepada Tunas Perusahaan Sosial (Aspiring Social Enterprise), Perusahaan Sosial Asas (Basic Social Enterprise) dan Perusahaan Sosial Diakreditasi (Accredited Social Enterprise) yang diiktiraf oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) bagi membiayai pemerolehan aset dan/atau keperluan modal kerja.
Tujuan pembiayaan:
Pemerolehan mesin / peralatan
Keperluan Modal Kerja termasuk pembiayaan yuran jaminan, dokumentasi dan yuran duti setem serta sumbangan Takaful (jika berkenaan) dan 3 bulan Akaun Rizab Perkhidmatan Pembiayaan (FSRA).
Had pembiayaan bagi inisiatif ini bermula daripada RM100,000.00 sehingga RM500.000. Had pembiayaan ini terpakai untuk PMKS dengan pemegang saham bersama yang memiliki pegangan saham sama atau melebihi 20%.
Kadar keuntungan bagi Perusahaan Mikro dan Kecil adalah 3.0% kadar tetap setahun (baki berkurangan). Manakala kadar keuntungan bagi Perusahaan Sederhana adalah 4.0% kadar tetap setahun (baki berkurangan).
Tempoh Pembiayaan:
Mesin atau peralatan baru adalah sehingga 7 tahun, manakala mesin atau peralatan terpakai atau diperbaharui atau dibaik pulih adalah sehingga 5 tahun
Modal Kerja adalah sehingga 5 tahun
Perlindungan takaful / insurans adalah wajib ke atas aset yang dijadikan sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (sekiranya ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang ditawar oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Key Requirements
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) seperti yang didefinisikan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp).
Berdaftar dengan KUSKOP sebagai Tunas Perusahaan Sosial, Perusahaan Sosial Asas dan Perusahaan Sosial Diakreditasi dengan bukti berdokumen semasa permohonan pembiayaan.
Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
How to Apply
1
Permohonan dilakukan secara atas talian di https://mysmebank.com.my/jportal/login/