SME Technology Transformation Fund (STTF) — Portal Manfaat
Applications OpenSmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)Kewangan dan Pembiayaan
SME Technology Transformation Fund (STTF)
Skim pembiayaan bagi PMKS yang melaksanakan transformasi teknologi dan/atau penerapan Industry4WRD bertujuan membiayai modal kerja
StatusApplications Open
AgencySmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
Who It's ForBusinesses & Employers
Introduction
SME Technology Transformation Fund (STTF) menyediakan bantuan kewangan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk penggunaan digital dan / atau automasi di dalam operasi perniagaan bagi mencapai produktiviti yang lebih tinggi, kecekapan proses serta pengurusan kos dan meningkatkan penembusan pasaran.
Tujuan pembiayaan adalah untuk pembelian seperti berikut:
Peralatan dan / atau mesin;
Perkakasan dan perisian komputer;
Penyelesaian dan perkhidmatan teknologi maklumat;
Perkhidmatan sokongan teknologi; dan
Lain-lain aset tidak ketara untuk tujuan meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
Had pembiayaan bagi inisiatif ini bermula daripada RM100,000.00 sehingga RM3.0 juta dengan kadar keuntungan mengikut Dana Pasaran SME Bank: 6.00% setahun (selepas subsidi kadar keuntungan sebanyak 1.00% setahun.
Tempoh pembiayaan adalah sehingga 10 tahun.
Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi semasa SME Bank dan perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Key Requirements
Berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa / pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional
Pegangan saham oleh Syarikat Tersenarai Awam atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (sekiranya ada) tidak melebihi 20%
Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dimiliki oleh warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
Perniagaan patuh syariah.
Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 2 tahun
Kedudukan kewangan yang solven; dan
How to Apply
1
Permohonan dilakukan secara atas talian di https://mysmebank.com.my/jportal/login/
Updated on 29 September 2026.
Tiada tindakan undang-undang terhadap Syarikat atau mana-mana pengarah / pemegang saham / rakan kongs i/ pemilik / penjamin di bawah mana-mana undang-undang di Malaysia.