Applications OpenSmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)Kewangan dan Pembiayaan
Jaguh Serantau
Sebuah program pembiayaan yang menyokong PKS Bumiputera yang mempunyai potensi untuk menjadi jaguh serantau.
StatusApplications Open
AgencySmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
Who It's ForBusinesses & Employers
Introduction
Jaguh Serantau merupakan sebuah program pembiayaan yang menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera yang mempunyai potensi untuk menjadi jaguh serantau dengan menawarkan semua jenis pembiayaan seperti yang ditentukan oleh SME Bank dengan subsidi kadar keuntungan 1.00% setahun oleh Kerajaan.
Had pembiayaan bagi inisiatif ini adalah minimum RM100,000.00 sehingga maksimum RM10.0 juta dengan kadar keuntungan daripada KPA + 0.00% setahun hingga KPA + 2.50% setahun (selepas subsidi kadar keuntungan 1.00% setahun)
Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank dan perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang dijadikan sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel. Perlindungan Takaful diperlukan bagi pembiayaan modal kerja yang melibatkan pembelian stok (bahan mentah, barang separuh siap).
Key Requirements
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seperti yang didefinisikan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) termasuk Perusahaan Besar dengan jumlah pegangan ekuiti sebanyak 51% atau lebih oleh Bumiputera.
Perniagaan patuh Syariah.
Produk atau servis yang ditawarkan telah berada di pasaran serantau atau bersedia untuk dieksport ke pasaran serantau.
Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
Sekurang – kurangnya 5% pertumbuhan pendapatan tahunan dan mencatatkan keuntungan pada dua (2) tahun terkini untuk operasi (kecuali untuk tahun kewangan berakhir 2020 dan 2021, di mana terjejas akibat pandemic COVID-19 / Perintah Kawalan Pergerakan).
How to Apply
1
Permohonan dilakukan secara atas talian di https://mysmebank.com.my/jportal/login/