Applications OpenSmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)Kewangan dan Pembiayaan
Tabung Khas Pelancongan 2026
Program pembiayaan untuk pembelian aset dan / atau keperluan modal kerja bagi menyokong industri pelancongan di Malaysia.
StatusApplications Open
AgencySmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
Who It's ForBusinesses & Employers
Introduction
Tabung Khas Pelancongan (TKP) ialah sebuah program pembiayaan bagi menyokong industri pelancongan di Malaysia yang disediakan oleh SME Bank. Inisiatif ini merangkumi pembelian aset dan modal kerja.
Had pembiayaan bagi inisiatif ini adalah minimum RM50,000.00 sehingga maksimum RM20.0 juta dengan kadar keuntungan 4.0% sehingga 5.5% setahun.
Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank. Sekiranya memerlukan Jaminan Pembiayaan, hanya boleh diperolehi melalui Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) sahaja.
Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Key Requirements
Syarikat bertaraf kecil dan sederhana dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Syarikat tersebut mestilah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (“MOTAC”) atau menerima penarafan MOTAC atau mendapat sokongan sebagai projek pelancongan oleh MOTAC.
Dana pemegang saham syarikat tidak melebihi RM10 juta.
Pelanggan sedia ada SME Bank atau syarikat yang telah beroperasi tidak kurang dari dua (2) tahun di dalam industri pelancongan.
Perniagaan patuh syariah.
How to Apply
1
Permohonan dilakukan secara atas talian di https://mysmebank.com.my/jportal/login/