Applications OpenSmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)Kewangan dan Pembiayaan
Pembiayaan Ekosistem Payung
Kemudahan pembiayaan untuk peserta Bumiputera di bawah Pembiayaan Ekosistem Payung, bagi memulakan perniagaan baharu atau mempelbagaikan perniagaan sedia ada
StatusApplications Open
AgencySmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
Who It's ForBusinesses & Employers
Introduction
Pembiayaan Ekosistem Payung merupakan sebuah kemudahan pembiayaan untuk Bumiputera di bawah Program Pembiayaan Payung untuk memulakan perniagaan baharu atau memperluaskan perniagaan sediada yang disediakan oleh SME Bank. Inisiatif ini merangkumi oemerolehan aset (kecuali tanah dan bangunan) dan keperluan modal kerja. Program ini dikira berdasarkan kadar keuntungan tetap. Sebarang perubahan ke atas Kadar Pembiayaan Asas (KPA) tidak akan menjejaskan kadar keuntungan tetap yang telah dipersetujui.
Had pembiayaan bagi inisiatif ini adalah minimum RM50,000 sehingga maksimum RM1.0 juta dengan kadar keuntungan 4.0% setahun. Tempoh pembiayaan bagi pemerolehan aset adalah sehingga 7 tahun termasuk tempoh penangguhan tidak melebihi 12 bulan. Manakala tempoh pembiayaan bagi keperluan modal kerja adalah sehingga 5 tahun termasuk tempoh penangguhan tidak melebihi 12 bulan.
Pembiayaan ini tidak mempunyai cagaran dan harus mempunyai perlindungan Takaful bagi pembiayaan modal kerja yang melibatkan pembelian stok (bahan mentah, barang separuh siap).
Key Requirements
Bumiputera PMKS seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp.
Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau pihak berkuasa / pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional.
Mestilah PMKS Bumiputera yang dikawal oleh Pemastautin (minimum 51% pemilikan ekuiti Malaysia dan 51% pengarah Malaysia).
Perniagaan patuh Syariah.
Pengesahan bahawa pelanggan telah dilantik/didaftarkan dengan "Anchor" terpilih.
How to Apply
1
Permohonan dilakukan secara atas talian di https://mysmebank.com.my/jportal/login/