Bantuan rawatan kesihatan asas percuma bagi penerima STR golongan B40 untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan primer
StatusApplications Open
AgencyProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.
Who It's ForIndividuals & Families
Introduction
Skim Perubatan MADANI ialah inisiatif daripada Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tujuan utamanya adalah untuk membantu golongan B40 mendapatkan rawatan pesakit luar untuk kesihatan primer akut (sakit-sakit ringan) secara percuma di klinik swasta (GP) yang berdaftar.
Inisiatif ini menggabungkan usaha sektor awam dan swasta bagi memudahkan rakyat berpendapatan rendah mendapatkan rawatan segera tanpa perlu menunggu lama di hospital kerajaan, sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup.
Rawatan Sakit Ringan yang Dibenarkan:
Demam dan selsema
Cirit-birit dan muntah
Terseliuh
Sakit kepala
Trauma ringan (seperti luka kecil)
Had Manfaat (Kategori Layak)
Isi Rumah Berkeluarga: RM 250
Warga Emas (tanpa pasangan, 60 tahun ke atas): RM 125
Bujang (21–59 tahun / OKU 19–59 tahun): RM 75
Nota Penting: Anda boleh menggunakan baki peruntukan ini untuk beberapa kali lawatan sehingga jumlahnya habis. (Tertakluk kepada perubahan polisi semasa oleh Kerajaan dan Terma & Syarat ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.).
Peringatan Penting: Klinik perubatan swasta dilarang sama sekali mengenakan sebarang caj tambahan kepada pesakit di bawah Skim Perubatan MADANI ini.
How to Apply
1
Langkah 1: Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman rasmi ProtectHealth atau melalui aplikasi MySejahtera
2
Langkah 2: Hadir ke mana-mana klinik-klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI (dikenal pasti melalui pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad atau dokumen pengenalan. Senarai Klinik Skim Perubatan MADANI boleh disemak melalui laman rasmi ProtectHealth
3
Langkah 3: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Sakit-sakit Ringan secara PERCUMA
4
Langkah 4: Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang ProtectHealth