Subsidi pembelian tiket penerbangan domestik bagi pelajar pengajian tinggi bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pelajar
Untuk memohon bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ini, para pelajar institusi awam perlu mengambil langkah-langkah seperti berikut:
Para pelajar perlu membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh klik rayuan bagi memulakan permohonan rayuan (Tempoh untuk pelajar membuat rayuan adalah mulai 31 Ogos 2026)
Membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar;
i. Sila layari laman rasmi Malaysia Airlines Berhad / FireFly untuk semak panduan tempahan melalui Booking Guide
ii. Sila layari laman rasmi AirAsia untuk semak tatacara melalui Chat with Bo; atau
iii. Sila layari laman rasmi Batik Air Malaysia untuk semak tatacara melalui How to Redeem.
iv. Sila layari laman rasmi AirBorneo untuk semak tatacara melalui How to Redeem.
Updated on 29 September 2026.