Applications OpenLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga NegaraKesihatan
Program Saringan Kanser Serviks
Subsidi ujian kanser serviks melalui saringan HPV DNA diberikan kepada wanita bagi menggalakkan pengesanan awal
StatusApplications Open
AgencyLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Who It's ForIndividuals & Families
Introduction
Program Saringan Kanser Serviks ialah inisiatif bantuan subsidi untuk wanita yang layak. Program ini bertujuan menggalakkan golongan wanita melakukan pengesanan awal melalui ujian HPV DNA bagi mencegah kanser serviks.
Ujian HPV DNA ialah kaedah moden berteknologi tinggi untuk mengesan awal kanser serviks. Melalui ujian ini, sampel DNA diambil pada bahagian faraj bagi mengesan jangkitan virus HPV (Human Papillomavirus) yang berisiko tinggi, sebelum ia berubah menjadi sel pra-kanser atau kanser serviks.
Cara Ujian Dijalankan
Bekalan Kit: Anda akan dibekalkan dengan kit ujian HPV DNA.
Cara Pengambilan Sampel: Sampel boleh diambil sendiri (self-sampling) atau dengan bantuan jururawat di klinik.
Kos: Saringan ujian HPV DNA ini diberikan secara PERCUMA kepada wanita yang layak.
Nota Penting: Jika keputusan ujian anda normal, ujian HPV DNA ini hanya perlu diulang secara rutin sekali setiap 5 tahun.
How to Apply
1
Ujian Saringan Kanser Serviks boleh mendapatkan saringan ujian HPV DNA di mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN yang berhampiran atau melalui mana-mana program outreach yang dilaksanakan di seluruh negara. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, klien boleh berhubung terus dengan Klinik Nur Sejahtera yang berhampiran.