Automatic (No Application Needed)Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaKewangan dan Sara Hidup
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Bantuan subsidi bersasar bagi golongan rentan untuk tempoh 1 tahun bertujuan untuk meringankan kos sara hidup & beban rakyat
StatusAutomatic (No Application Needed)
AgencyLembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Who It's ForIndividuals & Families
Introduction
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Program sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan, di mana baki kredit SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya.
Penerima SARA 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
Penerima boleh membeli barangan berdasarkan 15 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA antaranya:
Beras: Beras perang, beras pulut, dan beras putih tempatan.
Telur: Telur ayam, telur itik, telur masin, dan telur puyuh.
Makanan Dalam Tin: Ayam, buah-buahan, daging lembu, makanan laut (sardin/tuna), itik, kacang, sayur-sayuran, dan sup dalam tin.
Minyak Masak: Minyak bunga matahari, canola, kacang soya, kelapa, kelapa sawit, sapi, serta minyak sayur campuran.
Produk Penjagaan Diri: Bedak, berus gigi, deodoran, lampin dewasa dan bayi, krim pencukur, pencuci muka dan wanita, pisau cukur, bilah pencukur, produk mandian bayi, putik kapas, sabun mandian dan pencuci tangan, syampu, perapi rambut, tisu basah, tuala wanita, ubat gigi, serta ubat kumur.
Roti: Roti, jem, dan sapuan.
Biskut: Pelbagai jenis biskut yang diluluskan.
Minuman: Air minuman, jus, kordial, kopi, teh, krimer sejat dan serbuk, minuman bijirin, minuman malt, susu formula bayi, susu pekat, susu segar, susu UHT (asli atau berperisa), serta yogurt (asli atau berperisa).
Keperluan Sekolah: Alat tulis (pen, pensel, pembaris, pemadam, pengasah pensel), bahan seni kraf, beg sekolah, bekas makanan dan pensel, berus lukisan, botol air, buku latihan dan nota, cecair pembetulan, pita pembetulan, fail, beg dokumen, gam, gunting, pemotong, kad Manila, kalkulator, kasut dan stokin sekolah, kertas (A4, inkjet, kadbod, kajang, karbon, surih, warna, seni), klip kertas dan pengikat, krayon, nota pelekat, pakaian seragam dan sukan sekolah, papan beralun, pastel minyak, cat air, pen khat, papan putih, penanda warna, pensel warna, pita pelekat, pemegang pita pelekat, sampul surat, set geometri, stapler, serta tabung duit syiling.
Tepung: Serbuk penaik, serbuk soda bikarbonat, tepung beras, gandum, serbaguna, goreng, jagung, kanji, kastard, kelapa, naik sendiri, pulut, roti, sagu, suji, ubi kayu, dan yis.
Bahan Perasa: Cuka, garam, gula, esen, kastard, kerisik, kicap (manis/masin), krim, mayonis, mentega, marjerin, minyak bawang putih, bijan, biji sawit, cili, halia, lada, pek sup herba, pes cili, rempah, santan, serbuk kari, agar-agar, koko, cip coklat, sos (BBQ, cili, tomato, sos perasa, sos sayuran, ikan, tiram), serta bawang merah.
Ubat-Ubatan Di Kaunter: Minyak angin, balsam, minyak herba, ubat sapu, plaster, kain pembalut, ubat oral, ubat tampalan, dan ubat titis mata.
Makanan Sejuk Beku: Ayam, burung puyuh, itik, ayam bersalut tepung, burger, daging, hidangan sedia dimakan, ikan, makanan laut, makanan sejuk beku vegetarian (samosa, popia, pau), nuget, bebola daging, sayuran sejuk beku, serta sos.
Mi: Mi kuning, kuetiau, mihun, mi segera, dan pasta.
Barangan Kebersihan Kelengkapan Rumah: Pencuci serbaguna (lantai, kaca, tandas, dapur), bahan pencuci, pelembut dan peluntur pakaian, semburan fabrik, cecair pembasmi kuman, serta sabun pencuci pinggan.
Cara Pembelian Menggunakan MyKad
Pilih Barangan: Pilih barangan keperluan daripada senarai kategori yang mempunyai tanda harga MyKasih atau SARA.
Semakan MyKad: Serahkan MyKad kepada juruwang untuk menyemak status bantuan.
Imbas Barangan: Juruwang mengimbas kod barangan yang ingin dibeli.
Masukkan PIN: Masukkan nombor PIN 6-digit anda untuk mengesahkan pembayaran.
Simpan Resit: Ambil dan simpan resit pembelian anda untuk tujuan semakan transaksi.
Nota Penting:
Anda boleh menyemak baki kredit SARA melalui portal rasmi MyKasih.
Senarai lengkap pasar raya dan kedai runcit yang terlibat boleh disemak melalui portal rasmi MyKasih.
Key Requirements
Warganegara Malaysia; dan
Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.
How to Apply
1
Permohonan STR diperlukan bagi melayakkan penerimaan SARA Bulanan.