Automatic (No Application Needed)Kementerian Pendidikan MalaysiaKewangan dan Sara Hidup
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bantuan tunai kepada ibu bapa/penjaga bagi meringankan beban kewangan dalam membuat persediaan awal persekolahan
StatusAutomatic (No Application Needed)
AgencyKementerian Pendidikan Malaysia
Who It's ForIndividuals & Families
Introduction
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah inisiatif kerajaan dalam bentuk bantuan kewangan secara sekali bayar (one-off) sebanyak RM150 untuk setiap murid.
Tujuan utamanya adalah untuk meringankan beban ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak. Pembayaran ini disalurkan sama ada terus ke akaun murid atau secara tunai.
Tarikh Agihan: 11 Januari 2026
Golongan Layak: Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6.
Bantuan ini diberikan kepada murid di pelbagai jenis institusi pendidikan berikut:
Sekolah Kerajaan (SK)
Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
Sekolah Swasta
Sekolah Agama
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)
Sekolah Integriti (SI)
Sekolah Henry Gurney (SHG)
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Maktab Tentera Diraja (MTD)
Peruntukan kewangan disalurkan bermula bulan Januari tahun semasa mengikut saluran agensi yang ditetapkan:
Sekolah Kerajaan & Bantuan Kerajaan / SBJK: Disalurkan terus ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah.
Kolej PERMATA: Disalurkan kepada Bahagian PERMATA.
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) (Tiada akaun KWK): Disalurkan ke Bahagian Pendidikan Islam (BPI).
Sekolah Agama & Sekolah Swasta: Disalurkan ke akaun rasmi sekolah, pemegang amanah (trustee), atau syarikat pengendali sekolah.
Sekolah Integriti & Sekolah Henry Gurney: Disalurkan ke Bahagian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM): Disalurkan kepada pihak MARA (tertakluk kepada pengesahan Kementerian Kewangan).
Maktab Tentera Diraja (MTD): Disalurkan kepada Urus Setia Gerup Angkatan Tentera (UGAT).
Key Requirements
Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir / MyKID / MyKad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) merangkumi kategori seperti yang berikut:
Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya
Murid Tahun 1 dan Tahun 2 di Kolej Vokasional
Murid di SBJK yang berusia di antara 4 tahun hingga 19 tahun
Murid di SI dan SHG yang berusia di antara 14 tahun hingga 21 tahun
Mengikut penetapan had pendapatan kasar bulanan ibu bapa / penjaga pada tahun semasa. Murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Sekolah Intergriti (SI) dan Sekolah Henry Gurney (SHG) dikecualikan daripada memberi pengesahan pendapatan bulanan kasar keluarga
How to Apply
1
Tiada permohonan diperlukan
2
Agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan kaedah seperti berikut:
3
i. Serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa / murid (sekolah menengah); atau
4
ii. Pengkreditan ke akaun bank murid; atau
5
iii. Pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).