Program Penukaran Topi Keledar Percuma — Portal Manfaat
Applications OpenJabatan Pengangkutan JalanKewangan dan Sara Hidup
Program Penukaran Topi Keledar Percuma
Insentif topi keledar kepada keluarga kurang mampu bagi meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya
StatusApplications Open
AgencyJabatan Pengangkutan Jalan
Who It's ForIndividuals & Families
Introduction
Program Pertukaran Topi Keledar Percuma oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini diadakan khusus untuk menjaga keselamatan anda di jalan raya.
Melalui inisiatif ini, anda boleh menukar topi keledar lama atau yang tidak mengikut piawaian keselamatan kepada topi keledar baharu secara percuma. Langkah prihatin ini bertujuan mengurangkan risiko kecederaan parah sekiranya berlaku kemalangan.
Key Requirements
Warganegara Malaysia (MyKAD perlu dikemukakan semasa penukaran).
Berumur 16 tahun ke atas.
Pemohon DIWAJIBKAN membawa topi keledar gantian (lama/rosak/tidak mengikut spesifikasi SIRIM) semasa menukar topi keledar baharu.
Pemohon perlu hadir sendiri.
Terhad satu (1) unit topi keledar untuk satu (1) orang sahaja.
Pembahagian topi keledar terhad kepada kuota. Pendaftaran akan ditutup apabila jumlah kuota penuh.
How to Apply
1
Sila hadir ke kaunter pendaftaran program dan imbas Kod QR yang dipamerkan di sana untuk mendaftar.
Updated on 29 September 2026.
Permohonan topi keledar yang tidak dituntut pada hari program akan dibatalkan.
Pembahagian warna dan model topi keledar adalah secara rawak. Tertakluk kepada saiz yang tersedia.
Sekiranya syarat dan peraturan tidak dipatuhi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia berhak untuk membatalkan permohonan tanpa memberikan sebarang penjelasan atau notis.