Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB) — Portal Manfaat
Applications OpenJabatan Kebajikan MasyarakatKewangan dan Sara Hidup
Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
BTB ialah bantuan tunai kepada OKU tidak berupaya bekerja bagi menyokong kelangsungan hidup dan kekal bersama keluarga.
StatusApplications Open
AgencyJabatan Kebajikan Masyarakat
Who It's ForIndividuals & Families
Introduction
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Matlamat utama bantuan ini adalah untuk:
Membantu Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berupaya untuk bekerja.
Menggalakkan penerima OKU untuk terus tinggal dan hidup bersama keluarga di rumah.
Kadar Bantuan
RM300 sebulan untuk setiap penerima yang layak.
Key Requirements
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
Berumur 16 tahun sehingga 59 tahun
Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM
Tidak berupaya bekerja berdasarkan faktor-faktor berikut:
a) Kefungsian yang terhad dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan; atau
b) Persekitaran yang menghalang pemohon untuk akses kepada pekerjaan
How to Apply
1
i. Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila rujuk laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2
ii. Pengendalian permohonan bantuan kewangan juga boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon. Urusan ini selaras dengan prinsip penyampaian bantuan yang berasaskan kelayakan dan bukannya hak
Updated on 29 September 2026.
Pemohon bukan penghuni / pelatih institusi kendalian JKM; atau Pusat Jagaan Harian / Berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Pengesahan ketidakupayaan pemohon untuk bekerja perlu diperolehi daripada Pakar / Pegawai Perubatan / Pengesahan Pakar Psikiatri Kerajaan / Swasta yang Berdaftar bagi kes OKU Mental; atau dalam keadaan tertentu, memadai dengan pengesahan Pegawai JKM dan direkodkan dalam laporan siasatan; (Contoh pengesahan kategori OKU Fizikal ketara seperti kudung dan lain-lain yang bersesuaian); dan
Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa.