Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT) — Portal Manfaat
Applications OpenJabatan Kebajikan MasyarakatOrang Kurang Upaya
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT)
BPT ialah bantuan tunai kepada OKU/ pesakit kronik terlantar bagi meringankan beban penjaga dan menggalakkan penjagaan keluarga
StatusApplications Open
AgencyJabatan Kebajikan Masyarakat
Who It's ForIndividuals & Families
Introduction
Bantuan Penjagaan Terlantar (BPT) adalah bantuan kewangan bulanan yang disediakan untuk meringankan beban keluarga, penjaga, atau pesakit itu sendiri.
Inisiatif ini bertujuan untuk:
Menggalakkan ahli keluarga menjaga pesakit di rumah.
Mengelakkan pesakit atau OKU daripada ditempatkan di institusi jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kadar Bantuan
RM500 sebulan diberikan kepada setiap penerima yang layak.
Key Requirements
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
Pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar; atau
Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan [tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga (3) bulan] layak dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri; atau
Sekiranya OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaganya bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan
Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
How to Apply
1
i. Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila rujuk laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2
ii. Pengendalian permohonan bantuan kewangan juga boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon. Urusan ini selaras dengan prinsip penyampaian bantuan yang berasaskan kelayakan dan bukannya hak