Applications OpenUnit Penyelarasan PelaksanaanKewangan dan Sara Hidup
Sistem eKasih
eKasih ialah pangkalan data isi rumah miskin bagi memastikan bantuan kerajaan disalur kepada yang layak berdasarkan PGK tanpa pertindihan
StatusApplications Open
AgencyUnit Penyelarasan Pelaksanaan
Who It's ForIndividuals & Families
Introduction
Sistem eKasih ialah Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang bertujuan mengenal pasti dan membantu isi rumah miskin serta miskin tegar di seluruh Malaysia, selain digunakan sebagai rujukan oleh kementerian dan agensi dalam merancang, melaksana, dan memantau program pembasmian kemiskinan.
Sistem eKasih merupakan bank data kemiskinan nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula daripada profil individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan, sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program atau bantuan yang diterima.
Komponen data eKasih merangkumi maklumat asas, lokasi, kediaman, pendidikan, kemahiran dan pekerjaan, pemilikan harta, kesihatan, pendapatan, serta bantuan. Antara ciri utama eKasih ialah: i. Semakan status kemiskinan secara online. ii. Penyelarasan maklumat bantuan. iii. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online. iv. Pengiraan status kemiskinan (miskin atau miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita. v. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan. vi. Pemetaan kemiskinan (poverty mapping) dan pemantauan kemiskinan.
Key Requirements
Ketua Isi Rumah (KIR) Warganegara Malaysia
Pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan
Butiran maklumat pemohon yang lengkap.
How to Apply
1
i. Individu/ orang awam boleh hadirkan diri ke Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Negeri yang berdekatan untuk mendaftar permohonan ataupun boleh mendaftar melalui Pemimpin Tempatan/ Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/ Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Persekutuan (JPKKP).
2
ii. Setiap permohonan pendaftaran yang diterima hendaklah memenuhi kriteria berikut:
3
a. Ketua Isi Rumah (KIR) Warganegara Malaysia;
4
b. Pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan