Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam (mySalam) bagi golongan B40 diperluaskan meliputi penyakit jarang jumpa
Tuntutan Penyakit Kritikal
Langkah 1: Sila layari laman rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
Langkah 2: Klik pada Muat Turun Borang dan muat turun borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor', berdasarkan jenis penyakit kritikal.
Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat untuk melengkapkan borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor'.
Langkah 4: Log masuk ke website mySalam dan klik pada ikon Tuntutan, diikuti dengan ikon Penyerahan Tuntutan. Kemudian, skrol ke bawah dan klik pada ikon Tuntutan Penyakit Kritikal.
Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang Muat Naik untuk memuat naik lampiran* dibawah. Seterusnya, klik butang Lampirkan.
i. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
ii. Borang Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor
Langkah 6: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.
Tuntutan Hospitalisasi
Langkah 1: Layari laman rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
Langkah 2: Klik ikon Tuntutan, diikuti dengan ikon Penyerahan Tuntutan. Skrol ke bawah laman web dan klik ikon Tuntutan Hospitalisasi.
Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat Naik untuk memuat naik lampiran* seperti di bawah. Seterusnya klik butang Lampirkan.
i. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
ii. Salinan nota discaj
Langkah 4: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.
Updated on 29 September 2026.
*Semua lampiran yang diperlukan hendaklah dimuat naik dalam format PDF atau JPEG.