Applications OpenBank Simpanan NasionalKewangan dan Pembiayaan
Madani Sinar
Kemudahan pembiayaan bagi sektor perniagaan nano/ mikro/ kecil serta golongan bekas banduan, pelatih AADK, JKM, OKU dan PERKESO untuk menceburi bidang perniagaan
StatusApplications Open
AgencyBank Simpanan Nasional
Who It's ForBusinesses & Employers
Introduction
Madani Sinar merupakan sebuah kemudahan pinjaman mikro yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Inisiatif ini ditawarkan kepada usahawan yang merupakan bekas banduan, bekas pelatih Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelatih PERKESO bagi membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
Tujuan pembiayaan adalah merangkumi modal kerja, pembelian aset dan pengubahsuaian dengan amaun pembiayaan minimum RM2,000 sehingga maksimum RM100,000
Semua jenis sektor perniagaan adalah layak untuk memohon Madani Penjaja dan tempoh pembiayaan adalah antara 1 hingga 7 tahun dengan kadar keuntungan 3.0% setahun pada kadar asas tetap
Key Requirements
Perusahaan mikro/ kecil dimilik/ dikendalikan oleh bekas banduan, bekas pelatih AADK, JKM, OKU dan pelatih PERKESO
Dimiliki oleh warganegara Malaysia
Bekerja sendiri termasuk profesional (Akuantan, Doktor, Peguam)
Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Pihak berkuasa tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional)
Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan (berdasarkan kategori dan jenis perusahaan)
How to Apply
1
Layari laman web BSN untuk menyemak butiran produk.
2
Semak dan sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
3
Kemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN / Cawangan Utama Negeri BSN atau lakukan permohonan secara dalam talian. Pihak BSN akan menghubungi pelanggan dalam
4
tempoh 6 hari bekerja selepas menerima dokumen yang lengkap untuk memaklumkan berkenaan status permohonan.