Applications OpenBank Simpanan NasionalKewangan dan Pembiayaan
Madani Wanita
Skim pembiayaan mikro bagi usahawan wanita bertujuan membiaya modal kerja, pembelian aset & pengubahsuaian
StatusApplications Open
AgencyBank Simpanan Nasional
Who It's ForBusinesses & Employers
Introduction
Madani Wanita merupakan sebuah kemudahan pinjaman yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk usahawan wanita bagi membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.
Tujuan pembiayaan adalah merangkumi modal kerja, pembelian aset dan pengubahsuaian dengan amaun pembiayaan minimum RM2,000 sehingga maksimum RM100,000
Semua jenis sektor perniagaan adalah layak untuk memohon Madani Wanita dan tempoh pembiayaan adalah antara 1 hingga 7 tahun dengan kadar keuntungan 3.50% sehingga 4.00% setahun pada kadar asas tetap
Key Requirements
Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Perkongsian Liabiliti Terhad/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh usahawan wanita (sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh wanita warganegara Malaysia).
Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).
Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya untuk tempoh enam (6) bulan
How to Apply
1
Layari laman web BSN untuk menyemak butiran produk
2
Semak dan sediakan dokumen sokongan yang diperlukan
3
Kemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN/ Cawangan utama negeri BSN atau lakukan permohonan secara atas talian di pautan ini . Pihak BSN akan menghubungi pelanggan dalam tempoh 6 hari bekerja selepas menerima dokumen yang lengkap untuk memaklumkan berkenaan status permohonan
4
Sila rujuk Panduan pengguna untuk permohonan atas talian atau Hubungi Credit Supervisory Team pelaksana untuk maklumat lanjut bagi permohonan