Applications OpenBank Simpanan NasionalKewangan dan Pembiayaan
Madani Bakti
Kemudahan pembiayaan mikro untuk usahawan veteran untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan
StatusApplications Open
AgencyBank Simpanan Nasional
Who It's ForBusinesses & Employers
Introduction
Madani Bakti merupakan sebuah kemudahan pinjaman untuk usahawan veteran (pesara pegawai beruniform dan pesara sektor kerajaan) untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
Tujuan pembiayaan adalah merangkumi modal kerja, pembelian aset dan pengubahsuaian dengan amaun pembiayaan minimum RM2,000 sehingga maksimum RM100,000
Semua jenis sektor perniagaan adalah layak untuk memohon Madani Bakti dan tempoh pembiayaan adalah antara 1 hingga 7 tahun dengan kadar keuntungan 3.50% sehingga 4.00% setahun pada kadar asas tetap
Key Requirements
Perusahaan mikro/kecil di miliki oleh usahawan veteran dari sektor kerajaan (pesara pegawai beruniform dan pesara sektor kerajaan) dan terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan.
Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan (berdasarkan kategori dan jenis perusahaan).
How to Apply
1
Layari laman web BSN untuk menyemak butiran produk
2
Semak dan sediakan dokumen sokongan yang diperlukan
3
Kemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN/ Cawangan utama negeri BSN atau lakukan permohonan secara atas talian di pautan ini . Pihak BSN akan menghubungi pelanggan dalam tempoh 6 hari bekerja selepas menerima dokumen yang lengkap untuk memaklumkan berkenaan status permohonan
4
Sila rujuk Panduan pengguna untuk permohonan atas talian atau Hubungi Credit Supervisory Team pelaksana untuk maklumat lanjut bagi permohonan