BPMB - Skim Transformasi Digitalisasi Industri
Terakhir dikemas kini pada
14/10/2024
- Skim pembiayaan bagi syarikat yang menjalankan transformasi digital melalui penerapan teknologi & tidak terhad kepada AI, robotik dan automasi
- Dana skim bersaiz RM1.0 Bilion (Sejumlah RM500 juta diperuntukkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera meliputi semua skim).
- Tempoh permohonan: 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2025
Perkara | Keterangan |
Tujuan & tempoh pembiayaan | - Perbelanjaan Kapital (CAPEX): Sehingga 15 tahun
- Perbelanjaan Operasi (OPEX): Sehingga 5 tahun
|
Kemudahan ditawarkan | - Pembiayaan Berjangka/Bertempoh
- Kemudahan Pusingan
- Jaminan kewangan sebagai sebahagian daripada peningkatan kredit untuk terbitan sukuk / bon
- Skim boleh dibentuk untuk susunan sindikasi/perjanjian klub
|
Jumlah pembiayaan | |
Margin pembiayaan | - Sehingga 80% daripada kos projek*
*Nota: Semua permohonan pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan polisi BPMB. Amaun pembiayaan yang diluluskan adalah muktamad dan tertakluk kepada budi bicara BPMB |
Subsidi keuntungan / Faedah | |
- Rakan kongsi, Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Awam, dan Koperasi.
- Berdaftar dan diperbadankan di Malaysia
- Pemilikan majoriti 40% oleh rakyat Malaysia
- Terbuka juga kepada projek-projek yang memenuhi parameter yang ditetapkan oleh agensi berkaitan yang terlibat dalam pembangunan teknologi digital
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda